Azilah itu AKU ;
ABOUT ENTRY LINKS TWITER FACEBOOK
Diterimakah Solat Kita? Ya Allah..
Saturday, May 18, 2013 • 9:41 PM • 0 comments

sekadar pengkosian buat semua. Bismillahirrahmanirrahim.


Diterimakah Solat Kita? Ya Allah ...



"Wahai yang empunya diri, sudahkah selesai mendirikan solat?"


- "Sudah, Alhamdulillah."


Apakah kamu telah berniat dan mengangkat takbir ketika memulakan solatmu? "


- "Ya."

Apakah ketika kamu memasang niat dan mengangkat takbir itu, kamu rasakan itu mungkin 

solatmu yang terakhir, kerana mati boleh menjemputmu bila-bila masa? "


- "Tidak .."



"Adakah ketika lidahmu menyebut 'Allahu akbar', hatimu turut membesarkan Allah?"

- "Tidak .."



"Kalau begitu, kamu tidak benar-benar berniat dan mengangkat takbir."

- "...."


"Ketika lidahmu melafazkan doa iftitah, adakah kamu mengiyakannya bahawa hidupmu dan 

matimu hanya untuk Allah yang Esa?"


- "Tidak."



"Ketika surah al-Fatihah kamu baca, adakah hatimu bersyukur kepada Allah, Tuhan yang 

kamu sembah dan tempat meminta pertolongan, lantas kamu memohon diberi petunjuk ke

 jalan yang diredahi-NYA dan dijauhkan dari jalan yang sesat lagi dimurkai-NYA?"

- "Tidak .."


"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak membaca apa-apa dalam solatmu."

- "...."



"Adakah kamu telah menyempurnakan rukuk dan sujud serta menjaga pergerakanmu agar 


tidak mendahului imam?"

- "Ya."

"Dan ketika rukuk dan sujud itu, adakah hatimu tunduk dengan penuh rasa hina diri ke 

hadrat Allah dan benar-benar merasakan kebesaran-NYA dan kamu merasakan Allah

 melihatmu dan menilai solat yang sedang kamu kerjakan?"


- "Tidak .."

"Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak rukuk dan sujud."

- "..."

"Dalam solatmu, adakah kamu berniat mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan

 sesuatu amalan juga kebaikan yang paling utama?"


- "Tidak .."

"Dan ketika kamu akhiri solatmu dengan ucapan salam, adakah hatimu berasa takut kalau-

kalau solat yang baru kamu kerjakan tidak diterima Allah lalu amalan itu dilemparkan 

kembali ke mukamu, di samping menaruh harapan agar Dia mahu menilai solatmu sebagai 

pengabadian darimu?"


- "Tidak .."



. "Kalau begitu, kamu sebenarnya tidak mendirikan solat keranaNYA dan tidak pula 

mengingati dan mendekatkan dirimu dengan Allah melalui solatmu" Berhati-hatilah kerana 



Allah telah berfirman:


'Neraka Wail bagi orang yang solat, yang mereka itu lalai dalam solatnya.' (Al-Ma'un ": Ayat 

4-5)


"Astaghfirullahal azim ... Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk memperbaiki solatku dan 


menjadikannya wadah untuk tambah dekat dan hampir dengan-Mu."



Wallahualam ...


PASTFUTURE
MY WORDS;
HYE , you are currently at my space so beware, I'm watching you. Muahahhaha "evil laugh"

GIVE ME YOUR WORDS;


" Spread your love :D "

OTHERS;


>> Aku si pendosa... Harus belajar untuk perbaiki diri ini
date : 30/12/2013
at:10 am


>> kanak-kanak riang
date : 12/12/12
at: 12pm


>> cinderella arrived
date: 1/1/2190
at: 13.12pm

SENARAI CITE DONGENG;

  • A Box of Memories (As promises)
  • Smile on The paper
  • HikHok version Cafe
  • War?
  • ntahlahhh. Rasa mcm korg permainkan aku. Mls nak c...
  • Sila jangan terasa. Kalau terasa pon, sila jgn mar...
  • Do Ignore
  • Sepetang di Cafe
  • IMissThatMoment :)
  • Selagi Ada Peluang